Coklat adalah salah satu makanan kegemaran ku. Rasa coklat adalah sangat manis, lemak dan sungguh enak. Bagi ku, keenakan rasa coklat adalah satu nikmat yng tidak terhingga. Coklat berkhasiat untuk kesihatan tubuh. Belum pernah ada lagi berita yang mengatakan orang mati kerana banyak makan coklat. Yang banyak berlaku, hanyalah apabila campuran untuk menambahkan perisa coklat itu sahaja yang menimbulkan kemudaratan pada kesihatan tubuh.
Misalnya kadar gula berlebihan yang terkandung yang terkandung dalam coklat membuat seseorang menjadi gemuk atau rasa manis itu mengakibatkan gigi menjadi rosak sekiranya sisa coklat dibiar dicelah-celah gigi selepas memakannya.
Tahukah kita, menurut kajian makan coklat boleh menenangkan jiwa dan menurunkan tekanan seseorang individu. Tidak percaya? Cubalah sendiri?
No comments:
Post a Comment